Kenapa amik jalan baru ni?
Assalamualaikum wahai diriku sayang
Arini dah puasa hari ke dua. Semalam aku siap masak Udang cili api bersantan, tumis kangkung dan ikan bawal goreng untuk juadah berbuka puasa. Tembikai dan air heaven earth peberet Ajda. Kami berbuka 3 beranak je. Takde hal lah tu...asalkan bebudak ngan aku, wa no hal. Seronok nak makan... Tp aku kantoi muntah gak... Sebabnya aku makan tembikai dulu (bende manis) 2 ketul. Makan pun out.... Minum air suam pun out. Ingatkan sebab nasi memula tu... Subuh td try laaa pulak makan megi (bebudak n sham makan nasik laaa.... Ajda makan spiral bolognese cheese).... Pun out gak... Tp alhamdulillah tak muntah. Cuma tak dpt nak minum air. So mmg aku kekurangan air ari ni. Hopefully dipermudahkan urusan jap karang.
Nak g anta Ajda n kawannya ke sekolah, amik amjad balik Dr sekolah pastu terus gerak ke penjara amik stok jualan. Pastu p COD ke Pandan Mewah, Pandan Indah dan Taman Maluri then terus ke Gombak anta barang ke rumah Yun. Then baru balik ke rumah. Solat n masak jap... Pastu solat Asar lak then p jemput Ajda n kawannya lak. Then balik umah... Kena marketing kat Ms lak. Penat mmg penat n spine aku dah rajin terasa sakit... Alaaaa.... Perlu abaikan.
Nape aku pilih jalan susah ni? Sebab aku sayangkan kakak aku. Dia pernah ngadu bebaru ni, sekarang dia yg mencari sorg. Bang ajoi tak bawak dah grab, tak keje jugak. Kakak pun tak keje lg (lepas berhenti ari tu).. Kot ye pun, harapkan along bagi sikit tetap bulan dan gaji Yun. Kot nak diikutkan, akunya income lg laaa kureng Dr dia sekarang ni. Harapkan simpanan je skrg ni.... N aku masih tak de mood nak layan kerja Freelance aku.
So... Aku paksa Yun n kakak... Buat sekali ngan aku. Memula Yun yg ajak.. Tp cam tak beria laaa Coz maybe dia Tatau nak start camne pun ye jugak. So..... Baru je dtg idea tubuhkan syarikat Ayfoodie ni... Yg melambangkan nama aku n Yun... Saje masukkan kakak utk jd chef (sesia je bakat dia dalam masakan Western kot tak diguna 😅). Aku slow kan sambal bilis aku sbb nak bg diorg fokus ngan jualan karipap, popiah Tgh start... N tak lama lg lasagna lak. Mmg laaa skrg ni cam rugi kat aku sbb modal bahagi w tp jualan abt 70-80 percent aku yg cari tp keuntungan bahagi 2 😂.... Tp insya Allah kejap je tu. Once org dah kenal.... Should be OK. Optimis tu perlu. Takde hal laaa tu.. Usaha je n betulkan niat.... Allah tolong insya Allah. Sebab tu aku amik upah jugak amik n jemput kawan Ajda ke sekolah. Semua tu nak tampung expenses gak. Sbb tu gak aku sanggup beli cik ketot. Utk minimize kan expenses. Tak byk income yg dapat tp insya Allah moga berkat. Memula mmg perit... Nanti oklah tu. Duit boleh cari, kakak aku sorg tu je.
Nak lelap jap laaa diari. Kul 10 dah kena bangun bersiap n pastikan Ajda bersiap nak ke sekolah lak. N start aktiviti Arini. Nanti aku sambung lg ya.
Thanks sbb ada ngan aku sentiasa.... Walaupun ko tak bernyawa dan berperasaan. Sayang ko sgt. 😴😴😴
Ulasan