Bila tertitik satu noktah... Kita mulakan dgn Huruf baru 😌

Assalamualaikum cinta hatiku diari sayang

Tadi aku mmg penat n mengantuk tahap susah nak buka mata dah. Patut lepas solat Isya tadi, aku nak kena g COD ke Bukit Jalil.... Alhamdulillah tetiba lak Cust aku tu wasap n bgtau dia tetiba ada urgent thing to handle. So, tukar anta malam esok. Ok lah tu but still aku tetap kena g dobi utk keringkan baju yg dah aku basuh tadi. But..... Mata dah susah nak bukakni acaner hahaha. So, aku bgtau kat Ajda n Amjad, umi nak tido jap (pelik bebudak nengok aku😂) karang dlm pkl 9.30 or plg lewat pkl 10 nanti tolong kejutkan umi... Kita g dobi sat.  Diorg ok kan je.

Sekali aku terbangun pkl 12 lebih rasanya kot.. Entah tak igt. But bila nengok kat tepon, ada miss call Dr Sape ntah.... Pelik takkan laaaa aku tak angkat. Selalu mesti akan bgn nya kot ada call or alarm. Cek balik phone aku tu... Rupanya silent. Hurmmm.... Pelik laaa pulak. Habaikannnn... Gamaknya tak jadi laaaa P dobi n kena laaa basuh baju balik (pagi karang laaa tapi nya hahaha) .... Takmoh ada bau kepam.

Nuzul Quran malam ni... Apa yg aku buat.? Sempat ngaji cam biasa lepas maghrib je.... Haha hadeh. Pemalasnya laaa ko Zira. 

......... Alhamdulillah so far, biz semakin dikenali n ramai gak yg dah jadi customer tetap. Alhamdulillah jugak, aku dpt 'masuk' Etiqa, Hong Leong Damansara dan Ambank Nu Sentral.... Staff2 sana akan kumpul order n request aku utk anta yg diorg order tu sekali seminggu. Yg lain tu.... Mmg org perseorangan.... Tp syukur kebanyakannya akan order lebih dr 2 setiap kali Order. Setiap ari mmg akan sibuk meng COD atau menguruskan biz kecik kami. Yun pun nampak makin seronok... Cuma nak kena ajar banyak lagi bab cari cust kat dia. Takpe.... Slowly sbb dia bukan boleh full time buat pun, keje opis banyak nak kena buat. Sian gak nanti. 

Weekend aritu, g umah Klong lela kat Putra Heights (lepas habis COD belas Puchong n Shah Alam situ).... Siap bawak oven Dr umah lg (klong suruh bawak sbb nak buat biskut raya kan). Nasib P bertiga je... Muat laa oven tu. Time kat sana, Klong bg hint.... Dia pun nak join biz ngan aku gak.... Dia bg idea, nak buat Acar (Portugese style) ikan kurau, Acar mangga, acar kundang dan acar nenas. Hamboihhh.... Bersemangatnya laa hahaha. Aku kata boleh, kita leh join klong (aku tau dia ajak sbb perlukan khidmat pengurusan etc dr aku). Takpelah tu. Aku cakap boleh je, tp kena buka new Co. Takleh campur Co yg aku n kakak akunya. Dia ckp memang laaaa. Okeh. N, lg satu..... Fokuskan 2 produk je dulu. Pilih 2.... Means dedua setuju nak jual hat acar ikan masin kurau dan acar nenas. Acar style Portugese ni berbeza ngan acar Melayu. Acar Melayu banyak 'sampah' dalamnya kan.... Bawang etc tu.... But acar ni nanti akan hanya ada ikan masin kurau ngan gravy acar (yg bahannya semua di blend siap n dimasak). Acar nenas pun gitu jugak....rasa acar nenas ni lebih kurang cam pajeri nenas gak but lebih caramelize dan tahan lebih lama sbb dia dia ada letak cuka n tak letak santan. Camne nak terangkan ek.... Tp insya Allah mmg sedap lah. 

Nanti weekend ni, nak start dah rangkakan n tunjuk kat klong plan... Cuma satu, aku suh dia cari nama kedai. Hahahaha aku maleh nak berfikir bende tu. Bab rangka budget, excel data belian, rekod pelanggan sume tu takpelah.... Leh je amik contoh Dr AYF nya nanti... Just kena tukar sesikit je (so takyah nak pening fikir 2 kali). 

Makin penat laaa gamaknya lepas ni. Aku nak masak sambal aku pun tak dan dah..... Ada dah yg mintak tp aku tak dpt nak terima order. Tak larat aih. Tu akunya sendiri.. So leh laaa stop kan jap. Take care dulu yg AYF ni n yg akan dtg ni. Alhamdulillah.... Bulan 5 ni akan masuk lg sorg... Budak utk dihantar ke sekolah (kawan Ajda gak).... Jadilah. Dpt penuhkan keta Time anta n amik Ajda.... Duit tu leh masuk dlm tabung tin biskut (as bulan ni mmg dah mula tabung biskut ngan bebudak). Aku simpan duit nata budak ke sekolah, Amjad Ajda simpan duit allowance. Memasing akan masuk dlm sampul surat n letak nama dan simpanan bulan brp. Pastu just letak dlm tin yg sama. Memasing sibuk nak simpan duit sbb nak beli benda yg diorg nak. Let them. Aku simpan sekali ngan diorg sbb nak kasi meriah hahahaha. 

Mus marah ngan aku sbb aku amik kptsn nak sibuk gini... Dia ckp kot buat sesikit takpelah... Ni dah cam memudaratkan diri aku sendiri dah. Dah cam robot katanya. Dia suh je guna duit yg mmg dia simpankan dlm account ASB aku tu.... Utk belanja be bulan sbb tetap dia akan letak gak tetiap bulan kat situ. Aku dah kata tu bkn duit aku.... Tp duit dia. Tu yg lg dia marah. Hmmm ada aku kisah dianya marah. Aku malas nak pk bab2 yg tak patut skrg ni. Persetan kan bab2 layan perasaan ni. Kawan ttp kawan. Cuma dia Tgh stop bg aku kata2 Motivasi dia tu.... Mmmm tu aku agak ralat sikit rasa. Tp... Biarlah tu. 

Hmmm mata aku ngantuk balik dah ni 😅. Mmg esok aku takde COD siang (malm je) dan Jumaat lak aku kena siapkan tempahan goreng n bungkus sekali Dr cikgu Ajda (dia nak sedekah Jumaat n agihkan kat cikgu2 kat sekolah tu).  Kot aku Ken g Kajang amik stok pun, maybe aku akan g pagi laa kot. Lepas zohor... Mmg dah takleh kacau aku dah. 

Klah diari.... Sorry... Lama tak bercerita ngan ko.susah sket cari masa senggang skrg ni. Babai sayang. 


Ulasan