Tak dapat... Tp aku nak!!

Assalamualaikum sayang

Sementara nunggu subuh ni (I woke up pkl 4am+.... Seronok dapat tido😊), aku nak ngadu kat ko. Hahaha nengok tajuk.... Lenmachiamm. 

Sebenarnya kan, ingat tak yg aku nak p Cameron Highland waktu my birthday kan... Sengsorang kan. Aku dah tanya dah kat Sham.... Jawapan dia ape tau.... Pandangan mata yg tajam without a word. Tp fahamlah tu.... Dia tak bagi. Huhuhu... Ini yg tak best ni. Dia takde hal sgt kot aku kena out station waktu keje but kot time2 aku nak p refresh bercuti sengsorang mesti dia susah nak bagi. Habih camne ni? Kelakar tak, I'm just allowed stay at home jee. Sebab tu kengkadang aku akan keluar gak but ngan bebudak p hanging out together g makan kat luar or memana whilst dia kat balai or takde kat rumah (but I will mention to him... Time kami dah keluar laaa hehe).

Aku rasa Sham susah nak bg aku refresh sengsorang ni sbb time bujang dulu.... 2 kali aku g bercuti... 2 kali gak aku bg dia surat untuk break up selepas ngam balik dr bercuti πŸ˜…πŸ˜…. Pastu.... Baik balik (kan aku ni jenis tak pandai bab2 cinta cintun ni.... N actually sampai sekarang tak pandai)... Ikutkan je laaa time tu.

Tp ni skrg ni.... Aku bebetul perlukan refresh. Kot tak rasa cam lemas dah ni... I had too much dah. But it seems still takleh... Still dia tak bg. Syarat.... Kot nak g bercuti, kena bawak 1 famili (kan selalu je aku bawak sefamili 😒). Bila bawak famili... Perbelanjaan akan jd berganda2... Kot budget aku p sengsorang just takat 1.5k.... Bila ngan famili (actually ngan dia hahaha)... Budget will be going up till 4-5k. N yg bestnya is what? Aku je selalunya kena tanggung. Tak larat laaaa. Kot ngan bebudak ni.... Diorg mmg senang aku kawal. Kengkadang aku akan bg let say 100 sorg... Pepandai uruskan perbelanjaan sendiri but makan sume aku laaa. So diorg akan pepandai berjimat n beli ape yg bebetul diorg nak je. Cam time pegi berserah/balok baru ni pun.... Kami bertiga, just spent dlm 200+ je kot utk makan, minum, minyak kereta n beli keropok etc utk bawak balik rumah. Hotel dah lama bayar dah.

Ishk.... Camne ni diari? Aku bebetul nak kena refresh kat memana tmpt rehat. I really need it. Ishkkk.... Ni yg cam nak keje balik ni. Tak susah utk nak keje balik.. As my BP, Jang sentiasa ada jee.. It just aku ni yg dah kata aku nak stop dr semua ni jap. N bila keje mmg boleh je selalu kena OS... Tp... Tp.... Tp... Ishkkkk

Taknak laaaa.... Coz aku akan jd different. I will be very busy. Dan kesian anak2 aku... Aku susah nak ada ngan diorg. 

Ishkkkk.... Camne ni diari??

.............. 

...... Teringat conv aku ngan my specialist (doctor aku) bebaru ni.. Dia marah aku akakakakaka. Doktor ni Arab kawin ngan Malay but bm dia lg terel dr sesetengah Melayu kat Malaysia ni...



Ulasan