Cikgu Geografi Amjad mengamuk
Assalamualaikum diari sayang
Sebenarnya aku tgh bercuti dr bercerita pasal diri aku sendiri.... kononnn.... alaaaa kejap je kot sbb aku kan, biasalah kekejap cari ko gak nanti diari but ... mmg mgu ni aku byk sorok dr ko kan sayang? maksud aku yg sebenar aku. setakat lagu karok tu jgn fikir aku maksudkan lirik² tu berkenaan aku. Hahahah tak laaa. aku mmg suka layan lagu rock kapak. lirik aku main ikut je tp tak de kena mengena. kot kena pun.... terr kot.
Diari sayang... arini maksud aku baru jap ni aku cek whatsapp group 2Karisma. Sekali aku tgk Ms. Moli mengamuk pada beberapa org pelajar kelas Amjad. FYI, kelas 2Karisma ni adalah kelas pertama dari 11 kelas dalam tingkatan 2. Bila nengok cikgu mengamuk dalam group ws.... cuak laaa jugak, risau Amjad pun kena marah ke.
Ms. Moli ni Indian and mengajar subject Geografi. Cikgu ni mmg jenis sgt komited n creative dlm mengajar. So, bila tetiba dia mengamuk.... giler tak seram. Aku baca amukan cikgu tu pun rasa cuak sebenarnya... alhamdulillah nama Amjad tak termasuk dlm yg kena amuk. Lepas tu aku baca lagi bahagian bawah.... alamak alhamdulillah Amjad kena puji, seronok laaa Amjad nanti. But yg paling best aku nengok ... Amjad dapat markah penuh dalam assignment Geografi dia. Syukur alhamdulillah. Leganya.
Hmmmm.... need to congratulate him karang. ubat hati dia sikit sbb dia sedih gak tu.... punyalah dia struggle dapatkan markah dan kedudukan plg tinggi dlm tingkatan n kelas tahun lepas and alhamdulillah mmg dpt no 1 dr 11 kelas, and dia bebetul aimed kan biasiswa persekutuan (sbb aku pernah cerita kat dia yg time aku form 2 sampai form 4 aku dpt biasiswa persekutuan... duit tu buat simpan)... dah hantar pun permohonan waktu awal tahun tp sedihnya sampai laa ni tak dpt jawapan. Taktau nape, maybe coz pandemic ni ke. But dia ada gak citer frustrated dia tu.... aku just boleh ckp...maybe tu bukan rezeki awak... mana tau rezeki awak dlm bentuk lain ke. kita tak tau kannn.
But... tu laaa sian gak. Dia aimed lama gak benda tu... since masuk form 1 la. Dahlaaa dia tak dpt nak masuk mrsm (army) dan sbp (asrama penuh) disebabkan kepala dia yg accident tu 😅. Aku nak kena bg hadiah ke kat dia ek? Nak bagi hadiah ape ek?
hmmm
Ulasan