Suasana Kehidupan impian aku.... 2nd
Assalamualaikum diari sayang
Okeh... Cam, nak sambung je cerita pasal tajuk kat atas tu. Nak tau, impian aku nanti, nak tinggal kat rumah di kawasan kampung, bertanah sederhana lapang dan dikelilingi dengan pokok buah. Pastu ada sungai berdekatan dengan rumah... Maksud aku bukan bebetul dekat tp berhampiran laaa. Pastu ada masjid/surau/musolla dekat ngan rumah. Best nye laaaa hai.
Hmmm bestnya kot bebetul dapat kannn. Kot ikutkan dgn kewangan sekarang mmg agak susah untuk aku dapat laaa sbb aku ni takde majikan. Nak buat loan utk pembelian tanah ke rumah ke or even kereta ke.... Semuanya perlu cash. Cash money for my dream....? Mmg takkan dapek laaa gamaknya. Kot ye pun... Perlu nunggu umur lepas 55y.... Keluar duit Kwsp (waktu tu ada InsyaAllah dlm +-350k jee kot guna kiraan faedah 5% setahun laa)... Time tu baru beli tanah n buat rumah kecik? Pun aku rasa cam tak dapat kot coz pasaran tanah dan rumah bukan sikit naiknya. Mana nak cari tanah n rumah dgn harga yg rendah time tu? Si Sham kan ada tanah? Tu tanah dia dpt dr arwah ayah dia. Mmg tp tu tanah dia... Biarlah dia. Dengar kata memasing dia dan adik beradiknya nak jual ke Risda. Biarkan. Aku taknak masuk campur. Harta dia.... Means milik dia. Kot aku nak..... Sendiri mau ingat, kena cari sendiri laaaa n I'm ok jee. Ayah ajar dah dulu, jangan harapkan org lain selagi boleh.
Waktu tahun 2018, hampir dah aku nak beli tanah dusun buah2an dekat Perak. Mmg takde rumah pun atas tanah tu tp ade sungai kecil berhampiran. Aku dah excited sgt dah nak beli. Harga pun affordable just dlm 40k. Tp mungkin mmg bukan rezeki aku kot. Tuan rumah yg aku duduk ni, mintak tolong nak pinjam duit. 25k total dia pinjam ngan aku. Takpelah.... Dia mmg tgh problem in his biz. Dia byr balik tak? Hmmmm tak ðŸ˜ðŸ˜ tp takpe jugak. Dah deal.... Tolak duit sewa. So aku Takyah dah bayar sewa rumah ni sampai 2023. Takpelah tu. Dia offer aku utk beli rumah yg kami duduk ni (kami... Aku n Sham Le sebenarnya). Hmmm sebolehnya aku taknak. 350k. Sham nak sgt.... N aku diam je. Tp mmg aku taknak. Aku tak nak dok sini... Aku taknak duduk bandar. Kot perlu sgt pun duduk kat KL ni.... Biarlah aku duduk kat rumah aku sendiri kat Sentul tu je. N InsyaAllah ada rezeki, akan aku cari gak tanah kampung. Tak kisah lah memana but sebolehnya aku nak dekat tmpt yg takde org kenal aku. New fresh start. Tu pun kot aku ngan bebudak je laaa. Kot jodoh ngan Sham panjang... Kena lah ikut perintah dia 😅. Sham setau aku mmg nak dok bandar je... Entah.
Aishh ape aku merepek ni. Semuanya x nampak pape lagi. Umur panjang ke tidak pun belum tentu.
........
Pepagi bangun utk solat Subuh, mandi embun di daun2 pokok dan lepas tu sediakan sarapan. Then, menyapu keliling rumah dan bakar sampah. Pastu ke belakang rumah, kutip hasil sayur cukup utk buat lauk hari tu sambil menyiram batas dan bersihkan serba sikit kebun sayur. Matahari mula naik tinggi, masuk rumah.... Kemas rumah dan berehat kejap kat beranda dan pastu mandi bersihkan diri.
Kot perlu ke kedai.. Ke kedai lah utk beli lauk basah. Balik masak then gi musolla/surau utk zohor dan qiam kot ada kelas pastu terus ke asar. Usai solat, balik rumah.... Then aktiviti kat rumah lak.
Hahahahaha... Seronoknya laaa kot dapat gitu. Damai n aman rasenya. Maybe bg org lain ianya kehidupan yg bosan tp bagi aku.... Itulah kehidupan yg aku nak... Aku just nak aman dan tenang. Tp semua tu just angan2.... Jadiklahhh😅😅😅.
Ni dah pkl 7pg... Sampai ke sudah aku tak tido lagi. Makin teruk problem tido aku ni... Tambah perut yg sakit mlm td.... Tak selesa rasa. Tinggal 8hari... Hmmmm.
Bye diari sayang.
.........
Ulasan