Lemauuu

 Hi diari sayanggg... assalamualaikum

Lemau sesangat harini aku rasa. Sebab lemau sgt gak laaa aku boleh setelkan lipat baju (benda yg paling aku tak suka nak hadap 😅🤣). Takleh jadi ni. Esok aku kena keluar gak laaaa. Kebetulan, nak g keluar duit (buat spare cash nak bayar grab n pape utk hari Jumaat), pastu nak ke Guardian sbb nak beli necessities memasing kat umah ni... and lepas tu nak cari buah. I need fruit. Atleast nak cari betik yg tak berapa nak ranum (aku suka betik yg masak tp masih rangup... mmg favorite). Hahaha.... ni buat alasan nak keluar rumah je nih 😅😅

Apa yg nak aku cerita kat ko ek diari? Takde benda yg menarik pun. Yg tadi tuuu (previous post aku tu)... hmmm mandi lama².... bersihkan badan lelama.... syampu lelama... sampai bebetul sejuk laaa badan aku ni sampai sekarang, layan smule pun dah hahaha (lama tak layan.. tp lemaunye pasal...layan gak aku td) tp still tak solve pun. so abaikan.... still trying. Nak brisk walk kat sekeliling perumahan ni memalam ni... tgh hujan renyai2 plak. So.... mmg perlu melemaukan diri gak kot sampai pagi esok ni hahaha. mmm layan movie or drama kat netflix lah kot sat g. 

aku malas nak bukak whatsapp 017, malas nak membaca n membalas wa dr sesiapa pun tp kena bukak gak kengkadang sbb hospital guna no tu as my no. Bukak whatsapp 018 ni pun sbb aku kena pantau online class Amjad pagi n petang dan online class Ajda waktu pagi. Dan nak kena jugak menjawab soalan2 dr sesapa yg bertanyakan ttg pape walaupun mmg aku tak ambik pape job for awhile. Tapikan diari,  betah ke aku tak buat pape kerja ni? Rasa cam otak tak berjalan je. hahahahadoiii

........

owh, teringat lupa nak cerita kat ko pasal napa aku lebih prefer dok kat perkampungan yg rumah dikelilingi pokok2 buah dan dekat ngan musolla/surau/masjid n berhampiran pulak ngan sungai. Sebab utama, aku suka kenyamanan dan sebab kedua aku tak tahan panas. kawasan rumah banyak pokok maknanya redup laaa kann. Hehehe pastu kampung aku kan ke mmg berkeadaan gitu. So.... aku dah biasa dgn keadaan tu. Perkampungan di kawasan sawah pun ok je cumanya kot ada pokok2 buah gak kat sekeliling rumah ... sungai takyah pun takpe sbb tali air sawah pun dah cam sungai.... haaa camtu aku ok. as long as disekeliling aku banyak hijau... sejuk. Tepi pantai... sesekali mmg aku suka tp utk dok situ lelama..... aku tak rasa aku boleh.

......


babai diariku sayang.Jumpa lagi nanti ye. muamuahh 🥰

Ulasan