10 Nov 2018
Sejarah dan kenangan buat Amjad. Assalamualaikum diari sayang. Kali ni... Aku just copy paste je.... Apa yg aku nukilkan 2thn lepas. 10112018 masa tgh malam... Amjad kemalangan kat rumah, kepalanya terkena bilah kipas (kelajuan 5). Dibawa ke ED Ampang dan kemudian di refer ke ED HKL.
............
11112018: 0010hrs: Hkl neuro ward
Amjad.... penyejuk ati umi. Kali ni awak di uji dengan sakit.... umi lega sbb awak redha.
Waktu dlm perjalanan ke ED Ampang Hospital awal pagi tadi 10/11... awak tak habis² mintak maaf kat umi. bila umi tanya.... nape, awak kata sbb Amjad dah menyusahkan umi dengan sakit ni. Aku ckp kat dia... awak tak nyusahkan umi pun.... bukan salah awak pun awak kene gini. awak anak umi.... mmg umi akan jaga awak.
Pastu sesampai kat ED, sambil menunggu no giliran dipanggil.... aku bukakan alunan selawat syifa dr youtube.... tetiba amjad menangis. Aku tanya nape? Amjad jawab.... Amjad dah tau dah kenapa Amjad kena gini. aku tanya napa.... Amjad jawab, sebab Amjad sombong... Amjad malas nak berdoa lepas habis solat. Allahu.... tak terlambat awak nak berdoa bang.
Masih menunggu panggilan dr OT... Mudah²an Amjad dpt dibedah dengan segera.
............
11/11/2020 : 1120hrs
Dewan bedah (OT) dah panggil awak Amjad. Alhamdulillah.
Lepas selesai berborak dengan bro Kwan yg terkenal dgn service seposen/seringgit dtg untuk menjemput pesakit dan menghantarnya ke Rumah jagaan warga emas,
seorang nurse dan seorg pembantu am datang ke katil awak. Umi ketepi utk beri laluan kakak n abang yg baik tu buat kerja. Pastu.... waktu kakak nurse tu p amik bekas yg dalamnya ada 4 pain darah standby utk awak kat OT nanti, umi kawtim sesenyap kat abang yg tgh uruskan awak utk snap gambar awak. Dapat.... yeay. sedia semua barang yg diperlukan, kami pun start hantar awak ke OT.
Dah sampai Dewan bedah, pembantu perubatan dan nurse dtg utk ambil alih dr kami. Salah sorg ajukan bermacam soalan (checklist mereka) kat awak. awak boleh jawab dengan baik (menunjukkan respon awak bagus ... alhamdulillah). Pastu uminya turn lak ..... sebab umi yg beri consent pd mereka utk mbius dan membedah awak. Then, doktor bius dtg n terangkan (kali kedua) ttg apa yg akan dia buat. Setel tang tu.... kami dah kene keluar dah. Umi g kat awak...cium pipi n dahi awak. awak lak salam dan cium tangan umi. umi pesan sesiap kat awak waktu pakar bius nak bius awak tu... cecepat baca syahadah dan doa tido... awak tak nangis walaupun umi tau awak cuak gak dalam ati. One of OT staff (lelaki) tanya umi, puan... rambut Amjad ni nak saya cukur macamana. cukur habis ke atau setengah? hahaha umi gelak... dia pun gelak. tak dapat bayangkan kepala awak lepas cukur setengah..... umi pun jawab, kasi cukur habis je laaaa.
Lepas lebih kurang 15 min... Tetiba sorang lelaki cina yg lengkap dengan pakaian dr dewan bedah siap mulut bertutup dgn mask dtg berjumpa umi yg tengah dok kat ruang menunggu bhg dan.... dia panggil umi utk dtg ke tmpt yg kami anta awak td (bilik depan dewan bedah). Ahh sudah.... umi cuak dah. nape dia nak jumpa lak? Ada masalah ke kat dewan bedah utama? Umi p n jumpa dia. Oooohhhh rupanya lelaki cina tu lah neuro surgeon. Dia memperkenalkan dirinya dan mintak kebenaran kat umi utk mbedah awak. Dia jugak menerangkan ttg apa yg akan dia buat nanti. Umi tanya dia, everything will be fine ke doktor? Dia jawab kita cuba sebaik mungkin ya kemudian dia mintak diri utk meneruskan kerjanya.
Dan sekrg, kat sini umi nunggu awak. Mudah²an awak akan kembali ok spt sedia kala. Moga tiada complication langsung pd awak selepas ni.
* ayah Amjad ada kat rumah kena settlekan hal kat rumah dan umi suruh ayah rehat jugak kejap, risau condition ayah (he is hpt patient).
*umi alhamdulillah, syukur masih bertahan. Out jugak lah sket sbb tak rehat,tak tido dan tak makan 2ari terus menerus tp lepas makan ubat tahan sakit umi yg ayah Amjad bawak, pakai lak acustop (koyok yg ade steroid) . Alhamdulillah ok sket. InsyaAllah, untuk awak Amjad.... umi kuat.
1344hrs, neuro
..........
Sorry diari sayang. Perut tgh x ok. Nenanti aku bercerita ngan ko ye. Tgk laaa lepas subuh karang ke atau lepas aku ok sket ke.
Ulasan