nukilan lama ...di tahun 2002... insan2 yang kusayang

Assalamualaikum wrth Tm & netters :0)
macam biasa.. umi^yan sahaja ... jazakaLlah.

Insan yang aku sayang????
Hmmm... tajuk ntah apa-apa.... but takpelah.... saja nak berkongsi
cerita (gian nak menulis... cuma tak dapat cari masa... terlalu banyak
nak dimuhasabah diri ni)...

Selalu apabila ditanya... siapakah insan yang paling umi^yan sayang.....
pasti akan seperti automatik mulut ini menjawab... AYAH (dan tidak
emak).
Jawapan ini.... rasanya takkan umi^yan tukar.....sampai bila-bila, entah
kenapa... umi^yan sendiri tak pasti akan jawapan sebenarnya.

Ramai juga yang mempertikaikan; kenapa ayah bukan emak??? dan lebih
hebat...pernah juga dahulu, sewaktu umi^yan di tingkatan 5.... seorang
guru bahasa Inggeris bertanya pada semua murid di dalam kelas.... akan
soalan (yang telah dialih bahasa): SIAPAKAH ORANG YANG PALING KAMU
BENCI. Ada yang menjawab; jiran depan rumahlah, pakcik guard sekolahlah,
adiklah dan ramai juga yang memberikan jawapan TIADA. Tiba pada giliran
umi^yan, nak tahu apa yang umi^yan jawab?

Umi^yan menjawab dengan selamba (dan tanpa rasa bersalah langsung); MY
MOM. Gush.... mengucap panjang cikgu. Kebetulan cikgu tu adalah cikgu
kaunseling. Gamoknya.... sehabis sahaja kelas, umi^yan dipanggil
(forsure untuk di brainwash). Pertama sekali soalan yang Cikgu
kaunseling tu tanya ialah "Azira, kenapa kamu amat membenci ibu kamu?"
Umi^yan diam.... sekadar mendiamkan diri. Apabila melihat reaksi
umi^yan yang hanya bisu membatu itu.... cikgu itu memulakan sessi
nasihatnya yang ringkas namun padat. (Nasihat sebeginilah yang amat
umi^yan suka sebab tidak perlu untuk dikoreksi sedalam-dalamnya untuk
mencari isi sebenar.... just straight to the point. Begitulah pemikiran
umi^yan sewaktu berusia lebih kurang 17 tahun.) Sehabis cikgu itu
memberikan nasihatnya.... dia memandang wajah umi^yan dengan pandangan
sayu (mungkin bercampur simpati) sambil menunggu apa yang ingin umi^yan
kata. Umi^yan mendongakkan sedikit kepala (umi^yan waktu tu duduk.. dia
pula berdiri), menghadap kepadanya dengan wajah yang biasa (tanpa
perasaan) dan berkata "Terima kasih atas nasihat cikgu. Saya hargainya
cuma saya rasa tidak perlu untuk saya menceritakan sebab-sebabnya.
Cukuplah saya katakan yang saya ada sebab musabab saya sendiri. Saya
pergi dulu." Kemudian bangun dan berlalu.

Mungkin.... umi^yan kata mungkin, ada netters yang akan mengatakan yang
umi^yan ini anak kurang adab dengan orang tua. Umi^yan tak marah....
sebab semua kita-kita ini punyai persepsi sendiri tehadap sesuatu itu.
Namun itulah umi^yan..... segala yang di atas itu.... adalah....
pemikiran umi^yan pada 7 tahun yang lepas

Usia semakin meningkat, kematangan mula mengambil tempat ditambah dengan
kesedaran yang dikurniai ALlah.... umi^yan semakin memahami akan erti
hidup (tulin palsu), kewajiban, ujian, kesabaran, takdir dan yang paling
utama redha. Dan umi^yan amat bersyukur pada ALlah di atas umur yang dah
berganjak dan sedang berganjak ini (tak tau bila ianya akan bertemu
noktah tapi umi^yan sedar... ianya semakin dekat... dekat sesangat)
kerana dengan umur yang diberiNYA inilah, umi^yan dapat mudikkan kembali
kayuhan sampan umi^yan dari terus hanyut ke hilir (haluan salah).

Kini.... apabila ditanya secara serius oleh penanya yang serius dengan
soalannya (bukan sekadar pertanyaan kosong).... tentang siapakah
insan-insan yang umi^yan sayang, insyaALlah akan umi^yan jawab dengan
yakin. RasuluLlah pertama-tama umi^yan sayang, kemudian suami umi^yan
(but until now dok tau sape lah), arwah ayah umi^yan, mak umi^yan dan
selebihnya.... selagi mereka bernama Muslim, selagi itulah sayang
umi^yan ada untuk mereka.

RASULULLAH
Sampai nafas ini terhenti, hingga nadi ini tidak berdenyut lagi...
insyaALlah akan umi^yan belajar dan terus belajar untuk mencintai
RasuluLlah SAW. Atas usaha baginda dalam menyebarkan adDin Islam (dengan
izin ALlah), alhamduliLlah umi^yan dapat merasai NIKMAT ISLAM pada hari
ini. Kekasih ALlah.... baginda sanggup mengenepikan urusan duniawi
baginda demi kita semua ini... ummatnya. Dan paling umi^yan simpan
kejap-kejap dalam hati dan fikiran ini untuk menguatkan rasa sayang
umi^yan pada baginda .... ialah peristiwa di mana risaunya baginda
pabila menghadapi sakaratu al Maut (bukan takut akan panggilan maut itu)
kerana waktu inilah... ingatan dan kerisauan RasuluLlah pada umi^yan
ada, selaku salah seorang dari ummatnya (ummati....ummati...desahan
suara rasuluLlah).

Dimulakan dengan selawat

Pergimu tiada pengganti
hilanglah seri buana ini
Kaulah penyeri kaulah penawar
Yang menerangi hidup manusia

Lahirmu dijanjikan ALlah
Membawa rahmat sekelian alam
Membina ummat yang bertamadun
Kaulah Nabi kekasih ALlah

Walau ujian melanda
Kau sabar menghadapinya
Kau contoh sebaik ummat
Tauladan sepanjang zaman
Walau kau tiada lagi
Kau tetap di sanubari
Jasamu terlalu agung
Namamu tetap di hati

(dipetik dari album Intim)

SUAMI (yang masih tidak tau siapa)
umi^yan tak dapat nak komen sengat bab ni.... namun inilah jawapan
umi^yan yang tetap... insyaALlah. Seperti biasa.... pasti ada sebab
musababnya.

ARWAH AYAH
Sememangnya sayang umi^yan pada arwah ayah takkan berubah. Berani
umi^yan katakan, umi^yan ikhlas akan sayang ini. Kompleksnya sayang
umi^yan pada ayah.... hinggakan emak selalu mencemburui ayah walaupun
beliau telah 7 tahun meninggalkan alam fana ini. Budi ayah tak dapat
umi^yan balas. Ketenangan wajahnya cukup membuatkan hati ini rindu dan
kenangan bersamanya (dulu) menjadi kenangan abadi buat umi^yan.
Kesabarannya pula menjadi azimat untuk umi^yan dalam bertahan dengan
dugaan yang sentiasa ada.

Teringat pulak umi^yan dedulu....
Waktu ayah masih ada...

Memula... hanya menjalankan rutin dengan berbasikal tua....
basikal tu jugaklah yang selalu aku lenjan sampai masuk longkang...
mana tak nya.... waktu tu masih rendah...
nak kayuh dari atas palang tak sampai...
terpaksalah sengetkan diri...masukkan kaki kiri ke bawah palang basikal
tua tuuu....
and then kayuh lelaju turun bukit.... tanpa tahu macamana nak tarik
brek...
Alih-alih.... best... dapat buat kuak lentang dalam parit....
Ayah tak de nak marah.... walaupun dia pening ngan roda basikal tuanya
yang belong...

Dah ade duit sikit....
ayah beli motor Honda Fame pula....
Haaa..... ini lagi best....
Naiklah Kak Long, Angah dan aku membonceng di belakang ayah....
Waktu tu adik aku kecik sangat lagi....
"Ayah... nak nyaunnn (round)" jerit aku tiap kali ayah balik rumah...
Ha ha.... nasib aaaa.... ayah turutkan saja kemahuan kami...
emak pandang geleng kepala... pasal tak tau nak buat apa....
pasal dia tahu anak-anak dia akan buat dekkk jee....

Tetiap sebelum Subuh bermula lah... rutin ayah...
Tolong emak goreng kuih, sementara aku dan Kak Long membungkus nasik
lemak....
Kengkadang mengelim karipap dan adakalanya buat tahu sumbat...
Dah solat subuh, ayah hantar aku, angah dan kak Long ke sekolah....
Kemudian ke pasar...
lepas tu gi kerja sambil bawak kuih-kuih dan juadah yang mak masak tu ke
pejabatnya...
ayah letakkan di kantin pejabatnya...
tengahari pula ayah balik rumah... makan apa yang mak masak...
tak pun makan baki juadah yang masih ada....
ayah kerja mau sampai tengah malam.....
Gitulah rutin ayah tetiap hari...
Kalau ditanya.... boleh ke.. aku nak buat laa ni...
Agherk.... nak jawab tak berani

Baju ayah kengkadang ada yang koyak kat ketiak...
Mak selalu marah, bebel, ayah buat dekkkk jeee....
paling habis pun... ayah pegi tukar baju lain....
Ayah tak kisah semuanya tuuu.... asalkan isteri dan anak-anaknya
terjaga....

Ayah memang seorang yang penyabar..... & tabah...
Terima seadanya emak... walaupun dia tahu banyak rintangan dalam menjaga
emak....
terima dan manjakan kami (walaupun dia jenis diam)
Gembira di depan.. adakalanya menangis di belakang...

Memang ayah bukan yang terbaik....(but bagi aku dialah yang paling best)
ayah tak gheti baca Quran... ayah memang jahil bab agama....
Mungkin kerana hidupnya dulu yang tak sempurna...
Tapi ayah nak dan berusaha untuk jadi lebih baik...
Teringat.... kala ayah suruh aku mengajarnya membaca ayatul Qursi...
rasa ingin ku peluk ayah waktu tuuu.... pasal dia tak malu belajar ngan
aku...

Namun.... ayah lebih disayangi NYA
Ayah pergi dulu... waktu kami masih memerlukannya (terutama mak)
Memang ayah tak ada tinggalkan apa-apa sebagai harta kecuali rumah
yang kami duduk sekarang ni....
namun bagi aku cukuplah... dengan kenangan manis yang pernah
aku kecapi dengan ayah dulu...
Teringat.... sebelum ayah dikebumi....
rumah kami penuh ngan banjiran manusia....
sampaikan menumpang rumah-rumah jiran....
dekat jauh.. datangnya semata-mata nak jumpa ayah .. buat kali
terakhir...
Terfikir.... mungkin itu berkat senyuman ayah yang tak pernah padam...
Suka menolong orang walaupun diri sendiri selalu susah...
Bersabar dan redha dengan mehnah...

Ayah....
Kenapa Alang tak boleh jadi cam ayah???
But, insyaALlah akan Alang cuba juga...
sampai berjaya....

Ayah...
Alang rinduuu kat ayah...
moga ayah aman di sana....
moga surah alMulk yang saban malam Alang bacakan
sampai pada Ayah di sana...
Moga do'a Alang diterima ALlah...
Yang mengharapkan ayah... selamat sentiasa

ameenn.
(umi^yan)

EMAK
Dahulunya insan mulia inilah yang pernah umi^yan benci (fikiran bodoh
sewaktu umur masih mentah). Namun kini.... insan inilah jua yang umi^yan
sayang dan kasih (insyaALlah) sampai mati. Umi^yan sedar.... emak bukan
ingin jadi begitu. Emak mulia sebenar-benarnya... cuma tidak akan nampak
mulianya jika dilihat dengan mata kasar yang penuh dengan kekaburan yang
menipu. Cuma... seperti biasa, umi^yan masih kena belajar dan juga
sabar.

Terasa berdosa sungguh aku ini
Terasa hina benar aku
Terasa bodoh sangat aku...
Mengagung-agungkan intan yan jauh
Walaupun di depanku
Permata sedang memancarkan sinar

Maafkan aku emak...
Aku begini bukan kehendak sendiri
Berdirinya aku sekarang...atas...
Susulan pengalaman dan kisah lama...

Dulu,
Memang pernah aku membencimu
Malah,
Dulu juga...pernah aku mendendamimu
Tapi atas dasar apa?
Hanya kau sendiri ...yan bisa menjawabnya...

Kini emak...
Akan aku cuba membahagiakan dirimu
Akan aku cuba menjadi solehah
Kerana sebenarnya...
Aku amat menyayangimu

Dan aku juga tidak mahu
Terganggu atau diganggu
Bila sampai masanya
Aku dihitung...
Bila tiba masanya nanti...
Aku dihitung...
Bila tiba masanya nanti...
Aku dihisab... di hadapan khaliq

Aku mahu damai emak...
Aku.. sungguh ..sungguh
Mahukan kedamaian itu
Walaupun ianya secebis cuma...

(umi^yan)


SEKALIAN YANG MASIH BERNAMA MUSLIM (termasuk adik beradik, saudara
terdekat, kawan2, bekas2 sahabat, mereka yang umi^yan anggap adik,
keluarga angkat dan yang masih bersyahadah sama seperti umi^yan )

Dalam peratusan sayang umi^yan, masih tersedia untuk golongan yang ini.
Umi^yan sayang adik-beradik umi^yan (walaupun selalu juga bergaduh),
saudara sedarah umi^yan (walaupun hati selalu terluka akan sikap mereka
yang menyisihkan kami sekeluarga hanya kerana emak walhal emak adalah
adik-beradik kandung mereka sendiri) kengkawan umi^yan (tak kira
sepejabat atau kenalan biasa) bekas-bekas sahabat (umi^yan tiada sahabat
dan tidak akan ada sahabat rasanya sebab umi^yan bukan semua boleh
menerima umi^yan sebagaimana umi^yan seadanya), mereka-mereka yang
umi^yan anggap adik (walaupun kerenah mereka kengkadang memeningkan
kepala, dan mencabar kesabaran) dan Muslim yang lainnya.

Cumanya, umi^yan hanyalah umi^yan... dan akan tetap sebagai umi^yan
sampai bila-bila. Memang bersifat unpredictable selalunya. Umi^yan
selalu pinta (cuma dalam hati), terimalah kalian akan umi^yan ini
seadanya. Janganlah mengharap terlalu tinggi kerana umi^yan risau
umi^yan tak mampu untuk memenuhinya. Umi^yan tak tahu untuk berkata
tidak pada segala permintaan kalian semua, namun jika selepas itu
umi^yan tidak dapat memenuhinya.... umi^yan akan jadi semakin negetif,
semakin sedih dan bersalah.

sekadar coretan umi^yan
:0)
diri cuba untuk tersenyum
rahsia di hati tak siapa yang tahu
kecuali DIA

Ulasan